LOGO STJ

K3P

GAMBAR

LAGU RASMI

PENDIDIKAN

TERIMA KASIH

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

..

.

.

.

.

.

.

.

LOGO STJ

K3P

GAMBAR

LAGU RASMI

PENDIDIKAN

TERIMA KASIH

 

ASAL USUL NAMA

KG. SERI TIRAM JAYA

SEJARAH RINGKAS KAMPUNG SERI TIRAM JAYA

Nama asal kampung ini ialah Kampung Ulu Tiram Burok . Ia mula dibuka pada tahun 1932. kampung ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :

  1. Kampung Seri Tiram Jaya

  2. Kampung Baru Tiram Burok

  3. Kampung Ulu Tiram Buruk

Kampung ini luasnya kira-kira 3 430 ekar meliputi tanah kampung dan sawah. Pada mulanya kampung ini mempunyai penduduk seramai 50 orang dan kini mencapai 3,700 orang. Majoriti penduduknya adalah terdiri dari orang Melayu. Bilangan rumah pula kira-kira 400 buah. Kampung Baru Tiram Buruk pula diduduki oleh kaum Cina. Manakala di Ulu Tiram Buruk pula tiada berpenghuni.

Mengikut cerita, asal nama kampung ini bermula di mana terdapat sebatang sungai di bahagian hujung kampung yang banyak mengandungi tiram yang sudah mati. Kawasan ini terletak kira-kira 7 km dari pekan Kuala Selangor.

Kampung ini dibuka oleh orang Melayu tetapi terbengkalai. Setelah itu orang Melayu keturunan Jawa telah meneruskan usaha mengerjakan tanah kampung. Pada tahun 1935 Tuan Hj Ahmad Marjono mengambil alih usaha membuka kampung. Orang-orang kerajaan telah datang dan menamakan kampung ini dengan nama Kampung Tiram Buruk. Tahun 1938 orang Batak telah datang mengambil upah mengerjakan sawah di Block F. Usaha membuka tanah sawah diteruskan oleh kaum Jawa sehingga kini.

Pada tahun 1981, Kementerian Pendidikan telah meluluskan nama sekolah Kebangsaan Tiram Buruk kepada Sekolah Kebangsaan Sri Tiram. Pada tahun 1982, YB Datin Paduka Zaleha Ismail, EXCO Selangor yang juga ADUN Permatang telah menyarankan agar nama kampung juga ditukar kepada Kampung Seri Tiram Jaya.

Pada 1 Julai 1989, YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhamad b Hj. Muhammad Taib selaku Menteri Besar Selangor telah mengisytiharkan nama kampung yang baru iaitu Kampung Seri Tiram bersesama logo kampung.

KELUASAN DAN PENDUDUK

Kampung ini mempunyai keluasan 3,430 ekar meliputi kawasan kampung dan sawah. Kampung ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu 1,080 ekar sawah padi dan 2,350 ekar tanah kampung. Jumlah penduduknya kini mencapai 3,787 orang. Majoriti penduduk kampung ini adalah orang Melayu. Namun begitu ada seramai 197 orang kaum Cina tinggal bersebelahan dengan perkampungan Cina.

PEMBESARAN KAMPUNG

Pada tahun 1946 -1949 kampung ini dibesarkan kerana menampung jumnlah penduduk yang kian meningkat. Untuk itu setiap keluarga diberi satu ekar untuk tujuan membina rumah dan bercucuk tanam. Semua kejadian itu berlaku semasa pemerintahan Inggeris.

GOTONG ROYONG

Pada tahun 1949 dan seterusnya ahli masyarakat di kampung sering mengadakan kerja gotong royong sama ada kecil mahupun besar. Antara kerja gotong royong yang dijalankan ialah membuat jalan, saliran air, surau, masjid, sekolah kebangsaan, sekolah agama.

MERDEKA TAHUN 1957- PEMERINTAHAN

Tanggal 31 Ogos 1957 menjadikan Tanah Melayu merdeka dari sebarang penjajah. Di Seri Tiram Jaya juga tidak kurang hebatnya.

Pemerintah di kampung dipanggil Tok Sidang/Pak Lurah. Tahun demi tahun sudah semestinya ketua kampung pun bersilih ganti. Di bawah ini adalah turutan senarai nama ketua kampung sejak kampung ini dibuka...

No. Nama Tahun Berkhidmat
     
1. Sidang Hj. Ahmad Marhono bin Kasan Ilhar 1932 - 1953
2. Sidang Ahmad bin Betawi 1954 - 1955
3. Sidang Hj. Abd. Mongin bin Sartam 1956 - 1960
4. Sidang Hj. Omar bin Kasan Ilhar 1961 - 1968
5. Sidang Hj. Omar bin M. Misman Hj Kahar 1969 - 1970
6. Sidang Hj. Omar bin Kasan Ilhar 1970 - 1996
7. Sidang Hj. Wagiman bin Idris 1.8.1997 - sekarang
Copyright Reserved. (P) & (C) 1998 Eijal STJ WEB Master This Page Updated Monday, December 21, 1998 11:37:18 AM