MENU SMK Tiram Jaya Sek. Rendah Agama

SEK. KEB. SRI TIRAM

 

SEJARAH PENDIDIKAN

Allahyarham Tuan Haji Omar bin Haji Siraj merupakan pengasas pendidikan di kampung ini. Beliau bersama anaknya Siti Zahrah binti Haji Omar merintis jalan mendidik anak bangsa di sebuah pondok/surau di Block U (bersebelahan BERNAS sekarang). Maka tercatat sejarah pendidikan di kampung ini bermula pada tahun 1947.

SEKOLAH MELAYU TIRAM BUROK

Pemerintah Inggeris telah mula mendirikan sekolah atas usaha ketua kampung masa itu iaitu Tuan Haji Ahmad Marjono bin Kasan Ilhar melalui Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor bernama Boury. Pada tahun 1949 sekolah ini mula digunakan dengan nama Sekolah Melayu Tiram Burok. Murid-murid seramai 45 orang dari sekolah rakyat dipindahkan ke sekolah tersebut. Dengan keluasan 3 buah bilik darjah dan seorang guru bernama Cikgu Sharip pendidikan dikampung ini diteruskan. Setahun kemudian, bilangan murid bertambah memaksa pemerintah Inggeris menghantar tiga orang guru lagi iaitu Cikgu Samah, Cikgu Shamsudin dan Cikgu Kusim.

Pada 12 Disember 1949 sekolah ini dibuka sepenuhnya dengan bilangan murid seramai 230 orang dan Cikgu Sarip bin Mohd Sap menjadi guru besar. Tahun demi tahun, bangunan telah bertambah mengikut keperluan semasa.

Pada tahun 1981 nama sekolah ini telah ditukarkan menjadi Sekolah Kebangsaan Sri Tiram. Sekolah ini kekal sehingga sekarang dengan beberapa buah bangunan termasuk Perpustakaan Desa, Makmal Sains, Pusat Sumber, dewan, kantin, dan Taman Bimbingan Kanak-kanak.

PENDIDIKAN AGAMA

Di pondok/surau yang sama, pendidikan agama pun bermula. Imam Haji Dol Salam pembuka tirai sejarah. Diikuti Haji Sarbini sebagai guru sukarela. Penghijrahan sawah ke kampung beramai-ramai maka pada tahun 1948 sebuah masjid terbina hasil usaha orang kampung (masih kekal sekarang). Imam Haji Ikhsan menjadi imam pertama di masjid ini.

Sekolah agama Tiram Burok didirikan bagi menampung keperluan murid yang kian bertambah, berhampiran masjid.

 

MENU SMK Tiram Jaya Sek. Rendah Agama