SEK. MEN. KEB. TIRAM JAYA
@ SEK. MEN. RENDAH TIRAM BURUK
SEJARAH KEWUJUDAN SEKOLAH MENENGAH DI KAMPUNG SERI TIRAM JAYA
IDEA PENGUJUDAN.
Sejak dari tahun lima puluhan lagi sudah ada di kalangan anak-anak kampung ini yang berpotensi dalam bidang akademik. Pada waktu ini sekolah menengah yang terdekat ialah Sekolah Menengah Inggeris Sultan Abdul Aziz Shah, Kampug Kuantan, Kuala Selangor. Pada awal tahun enam puluhan barulah wujud sekolah menengah yang lebih dekat kedudukannya dari kampung ini. Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Kuala Selangor, Sekolah Menengah Perdagangan (Trade School) Tanjong Karang dan Sekolah Menengah Dato' Harun Tanjong Karang.
Memandangkan kepada masalah pengangkutan dan infrastruktur yang kurang baik, ditambah lagi dengan kedudukan sekolah-sekolah tersebut begitu jauh, maka timbullah idea dari penduduk kampung ini untuk memohon kepada kerajaan agar diwujudkan sekolah menengah di kampung ini.
Idea ini telah ditimbulkan oleh Tuan Haji Wagiman bin Idris (ketua kampung sekarang) di dalam mesyuarat JKKK pada tahun 1965. Ahli-ahli JKKK pada masa itu ialah ;
PENGERUSI | : | Tuan Haji Omar bin Kasan Ilhar |
SETIAUSAHA | : | Encik Bakhtiar bin Marzuki |
AJK | : | Encik Kasman bin Kasan Khalil |
: | Encik Mohammad bin Sarjo | |
: | Encik Selamat bin Kamar | |
: | Encik Mohammad bin Abdul Razak | |
: | Encik Hamzah bin Kusiran | |
: | Encik Wagiman bin Idris | |
: | Encik Halil bin Barham |
TINDAKAN SELANJUTNYA
Pada tahun 1973, setiausaha JKKK iaitu Encik Halil bin Barham melalui persetujuan mesyuarat JKKK telah membuat permohonan bertulis kepada pihak kerajaan agar sekolah menengah diwujudkan di kampung ini.
Pada tahun 1975, kerajaan telah memberi kelulusan atas permohonan tersebut. Bagaimanapun lokasinya diubah dari cadangan asal iaitu di sekolah timur block X ke sekolah timur block U agar dapat dimanfaatkan oleh penduduk kampung lain yang berhampiran.
Pada tahun 1984 sekolah ini mula beroperasi dengan 3 kelas tingkatan satu (1), satu (1) kelas peralihan, dan satu (1) kelas tingkatan dua (2) iaitu pelajar Kg. Seri Tiram Jaya yang belajar di Sekolah Dato' Harun yang ditarik ke SMKTJ. Pengetua pertama yang berkhidmat di sekolah ini ialah En. Mohd Yahya bin Mohd Tohar. Hanya terdapat 30 pelajar sahaja yang belajar di tingkatan dua yang dipimpin oleh Cikgu Sainisi bin Kasan.
Gambar di atas adalah gambar perintis Sekolah Menengah Rendah Tiram Burok (sekarang bernama Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya) dalam Tingkatan 2A.
Barisan hadapan dari kiri : | Azmi, Timujas, Norain, Nazrum, Cikgu Yahya, Cikgu Sainisi, Ikrabiah, Jenita, Zaleha, dan Hariyana. |
Barisan tengah dari kiri : | Zaharah, Rosnah, Sarimah, Rohana, Robin, Rosnah, Rohani, Anidah, Zarina, Zalina, Yati, Suzana, Anita, Rohana, Maheran, Napsiah, Norijah, dan Zalela. |
Barisan belakang dari kiri : | Amran, Sanen, Rosman, Nahar, Radhi, Mas, Mislan, Zainuri, Roslan, Nazarudin, Azhar, Soni, Saifudin, dan Miswan. |