Logo
Kg. Seri Tiram Jaya
Bahagian ini diubahsuai pada
: 13-01-1999
![]() |
SEJARAH | K3P | GAMBAR | LAGU RASMI | PENDIDIKAN | TERIMA KASIH |
![]() |
MOTO
/ TULISAN
Bergema adalah singkatan "BERsatu berGErak MAju". Bersesuaian dengan keadaan kampung sewaktu logo ini dilancarkan. Kampung dalam keadaan sibuk di sana sini, bergerak dengan aktiviti-aktiviti "Program Kembali Ke Desa", pelancaran K3P dan projek pembesaran masjid. Tulisan jawi bermaksud menangani penerapan nilai Islam. Italik dan khat bermaksud mengamalkan nilai-nilai estetika, seni dan kebudayaan yang baik. |
WARNA
M E R A H bermaksud berani, tabah. K U N I N G bermaksud menjunjung raja berpelembagaan. B I R U bermaksud aman, makmur, bersatu. P U T I H bermaksud suci dan bersih. |
BULAN
SABIT DAN PADI
Bulan sabit melambangkan Islam menjadi panduan dalam segala aspek kehidupan penduduk STJ. Bunga padi melambangkan hasil utama penduduk STJ. |
PELEPAH
KELAPA BERCANTUM DAN BINTANG 14
Aktiviti pertanian dan hasil kedua penduduk. Perpaduan yang erat dalam semua bidang. Jalur merah, putih biru dan bintang 14 berwarna kuning melambangkan cintakan negara Malaysia. |
RODA
GEAR
Roda gear bermaksud mendokong wawasan untuk mencapai kemajuan sains dan teknologi terutamanya daripada segi pertanian secara moden. Warna merah kuning melambangkan cintakan Negeri Selangor. |
LAMBANG
PROTON DAN MATA PENA
Lambang proton yang menjadi singkatan nama kampung adalah menjadi kebanggaan kami. Kami bangga dengan kejayaan negara. Mata pena pada huruf T bermaksud perpaduan kepada ilu dan intelek dalam berusaha untuk maju demi kemakmuran negeri dan negara. |
![]() |
SEJARAH | K3P | GAMBAR | LAGU RASMI | PENDIDIKAN | TERIMA KASIH |