TATACARA PENTADBIRAN
PENDAHULUAN
Penubuhan JKKK adalah merupakan hasrat kerajaan
bagi menjamin kemajuan dan keselamatan negara. Dalam kontek negara ini
di mana penduduk luar bandar merupakan penduduk majoriti maka JKKK ini
merupakan satu petunjuk kestabilan ekonomi dan politik negara. Oleh kerana
JKKK merupakan organisasi yang paling hampir dengan masyarakat maka ia
merupakan organisasi yang amat penting di dalam kemajuan negara. Kemajuan
sesebuah kampung adalah juga dicerminkan oleh kegigihan JKKK dan lanjutan
daripada ini ialah kemajuan negara. Untuk menjamin kesinambungan ini berlaku,
maka satu organisasi JKKK yang kemas dan sihat perlu diwujudkan.
MATLAMAT
Di antara matlamat utama penubuhan JKKK Kg Seri
Tiram Jaya ialah:
-
Meningkatkan kemajuan infrastruktur bagi kampung ini.
-
Meningkatkan pencapaian sosioekonomi anggota masyarakat kampung.
-
Meningkatkan pencapaian pendidikan anggota masyarakat kampung.
-
Memelihara keselamatan dan keharmonian penduduk berbagai segi.
-
Meningkatkan pencapaian anggota masyarakat dalam sosio budaya.
-
Mengujudkan satu kelompok masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni.
-
Mengujudkan satu kelompok masyarakat yang patuh dan yakin dengan ajaran
agama.
-
Mengujudkan hubungan mesra dan harmoni di antara anggota masyarakat dengan
kerajaan dan badan-badan luar.
-
Menjadi satu badan tertinggi di kampung ini yang bertanggungjawab terhadap
badan-badan lain serta menjadi penyelesai masalah berbangkit.
-
Menjadi pendokong terhadap dasar-dasar yang dilaksana oleh kerajaan.
OBJEKTIF
Objektif utama penubuhan JKKK ialah untuk mengujudkan satu kumpulan
pengurusan yang mampu bekerjasama dan bertanggungjawab untuk mencapai matlamat
di atas.
ALAMAT BERDAFTAR
Alamat berdaftar JKKK ialah: Tingkat 1, Bangunan Serbaguna JKKK,
Jalan Kemudi, Kg Seri Tiram Jaya, 45500 Tanjong Karang, Selangor Darul
Ehsan
KEANGGOTAAN JKKK
Keanggotaan JKKK hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang
sepiker, seorang Setiausaha, seorang setiausaha kerja, seorang Bendahari
serta beberapa orang ahli J/kuasa dan bilangan maksimum bagi semua yang
di atas hendaklah tidak melebihi 15 orang.
TEMPOH KEANGGOTAAN
Keanggotaan JKKK adalah bagi tempoh 2 tahun melainkan
bagi jawatan tertentu yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tindakan Daerah.
Selepas tamat tempoh perkhidmatan ahli-ahli JKKK boleh dicalonkan semula
dan keputusan akan dibuat oleh Jawatankuasa Tindakan Daerah.
TUGAS-TUGAS JKKKK
Pengerusi
-
Mempengerusikan mesyuarat JKKK atau mewakilkannya dengan kehadiran.
-
Bertanggung jawab menentukan perlaksanaan segala projek pembangunan serta
keselamatan kampung ini.
-
Bertanggungjawab menentukan segala program dan aktiviti berjalan dengan
licin dan sempurna.
-
Menjadi ahli ex-offisio di dalam semua biro dan menjadi penasihat kepada
semua badan yang terdapat di kampung.
-
Memberikan kata putus terhadap sesuatu perkara yang timbul dengan nasihat
dan pandangan JKKK.
-
Mewakili JKKK di dalam segala bentuk upacara rasmi melainkan dengan persetujuan
ia mewakilkannya.
-
Menandatangani semua butiran yang berkaitan dengan kewangan bersama-sama
setiausaha dan bendahari.
-
Bertanggungjawab di atas segala kegiatan dan program yang berlaku.
Spiker
-
Menjadi pengerusi jawatankuasa kerja yang dibentuk oleh JKKK atau mewakilkannya
dengan kehadiran.
-
Bertanggungjawab membantu segala tugas-tugas pengerusi yang dinyatakan
di atas dengan keizinan dan pengetahuan pengerusi melainkan bagi perkara-perkara
dasar.
-
Menjadi jurucakap rasmi JKKK bagi perkara-perkara yang telah diputuskan
oleh mesyuarat JKKK.
-
Melaksanakan lain-lain tugas-tugas yang dilaksanakan oleh pengerusi.
Setiausaha
-
Mmemanggil mesyuarat bulanan berdasarkan jadual mesyuarat bulanan yang
dipersetujui oleh JKKK.
-
Menjadi pencatat mesyuarat JKKK serta menyediakan minit yang berkaitan
untuk edaran dan rekod.
-
Bertanggungjawab menyimpan segala rekod dan semua maklumat yang berkaitan
dengan JKKK.
-
Menandatangai semua butiran yang berkaitan dengan kewangan bersama-sama
dengan Pengerusi dan Bendahari.
-
Menjadi ex-oficio bagi semua biro dan berhak memberikan pandangan dan nasihat
di atas sifatnya.
-
Bertanggungjawab menyelenggara serta menyelia perjalanan JKKK.
-
Melaksana lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengerusi.
Bendahari
-
Bertanggungjawab menyimpan segala rekod dan maklumat kewangan JKKK.
-
Menyediakan Penyata Kewangan sebagaimana yang diputuskan di dalam mesyuarat
JKKK.
-
Menandatangani semua butiran yang berkaitan dengan kewangan bersama-sama
Pengerusi dan Setiausaha.
-
Bertanggungjawab menyelenggara serta menyelia perjalanan kewangan JKKK.
-
Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengerusi.
Ahli Jawatankuasa
-
Menghadiri Mesyuarat JKKK.
-
Memberikan pandangan, idea untuk mencapai matlamat penubuhan JKKK.
-
Memberikan kerjasama, komitmen dan rasa tanggungjawab terhadap JKKK dan
kampung ini.
-
Menjadi anggota Jawatankuasa Kerja yang dipersetujui di dalam mesyuarat
JKKK.
-
Melaksana dan memastikan kejayaan segala program dan aktiviti yang telah
dirancang dan disusun oleh JKKK.
-
Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengerusi.
Biro-Biro
Untuk memastikan segala program yang telah dirancang
dan diatur berjalan dengan lancar maka biro-biro tertentu hendaklah dibentuk
dan menubuhkan Jawatankuasa Kecilnya yang tersendiri bagi menanamkan minat
dan kepercayaan anggota masyarakat kampung ini terhadap JKKK di samping
dapat memperjelaskan lagi matlamat dan objektif penubuhan JKKK.
Ahli Jawatankuasa Biro
Jawatankuasa Biro hendaklah diketuai oleh :
-
Seorang Pengerusi
-
Seorang Penolong Setiausaha
-
Beberapa orang ahli jawatankuasa yang meliputi keseluruhan kampung.
laman web ini dibina dan ditaja oleh :
HAKCIPTA TERPELIHARA
(P) 1998 - 2003 Squad Web STJ
/ (C) 1998 - 2003 Squad Web STJ
Dikemaskini pada 3hb. Mei 2003
/ Kemaskini terakhir pada 29hb. April 2003