biro-biro   kata-kata penaja (ruang iklan)


TINTA PENGARANG

Berjumpa lagi di dalam laman web Seri Tiram Jaya. Untuk pengetahuan semua, laman web ini telah mengalami beberapa perubahan. Mungkin sedikit dan tidak sebanyak mana, tetapi memadai dengan informasi dan aktiviti terkini yang berlaku di kampung ini.

Seperti telah menjadi kebiasaan, manusia dengki dan irihati dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Ini berlaku kepada laman web ini sendiri. Untuk makluman, laman web ini telah beberapa kali dimusnahkan oleh "HACKERs". Mungkin ingin menguji sejauh mana kebersanan 'pembelajarannya', yang pasti ianya 'MENYUSAHKAN'. Penat lelah dan idea yang dicurahkan ke dalam laman web ini musnah dengan sekelip mata.

Ramai yang bertanya, 'Di mana laman web Seri Tiram Jaya?'. Kelu lidah untuk berkata, tetapi tidak semua percaya apa yang telah berlaku. Mungkin ada yang menuding jari kepada kami bahawa laman web Seri Tiram Jaya tidak wujud. Kepada sesiapa yang pernah mengunjungi laman web kami sudah pasti tertanya, adakah laman web ini tidak diupdated?. Jawapan kami, 'YA'. Banyak perubahan telah dilakukan, termasuk menggunakan teknologi yang buat masa ini agak ketinggalan iaitu 'FLASH'. Maaf dipinta, anda tidak akan menemui sebarang efek atau sesuatu yang canggih di dalam laman web versi ini.

Satu kesilapan kami, tidak membuat BACKUP ke atas laman web terdahulu. Sudahlah tiada salinan, hanya ada master copy di dalam hard disk dan hard disk telah 'KONG'. InsyaAllah kali ini akan ada backup laman web ini. Dengan kepesatan teknologi yang semakin cepat dan pantas perubahannya, harga CD Burner pun semakin murah, dan kos jangka panjang adalah amat murah dan menjimatkan. Kepada semua yang telah membuat laman web, buatlah salinan laman web anda jika tidak mahu menyesal seperti kami. Akhir kata, SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB KAMI...
 

yang benar
webmaster
 

laman web ini dibina dan ditaja oleh :
Squad Laman Web Seri Tiram Jaya
HAKCIPTA TERPELIHARA
(P) 1998 - 2003 Squad Web STJ / (C) 1998 - 2003 Squad Web STJ
Dikemaskini pada 3hb. Mei 2003 / Kemaskini terakhir pada 29hb. April 2003