MENU JKKK WANITA RELA BELIA WI MASJID

  AJK PEMUDA UMNO  

 

   JAWATANKUASA PERGERAKAN PEMUDA UMNO STJ

Pengerusi Tetap : Pn. Miskinah bt Daud
T/Pengerusi Tetap : En. Kamarudin b Abu Bakar
Ketua : En. Abd. Halem b Mat Som
Naib Ketua : En. Ngatini b Salimin
Pen. Setiausaha : En. Kamarudin Abu Bakar
Pen. Bendahari : En. Jemi b M.masngot
Ketua Penerangan : En. Mokthar b Tasman
AJK : En. Azmer b Othman
  En. Hamid b Kasim
  En. Emron b Mashtuki
  En. Mustafa b Effendi
  En. Samion b Norahim
  En. Jamaludin b Bunasir

 

 

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO SERI TIRAM JAYA

ABDUL HALEM BIN HJ. MAT SOM, PJK

Dilahirkan pada 19hb. Mac 1966 di Kampung Tiram Burok (nama asal Kg. Seri Tiram Jaya). Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tiram Burok dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Dato' Harun. Sebelum menjejakkan kaki di Institut Teknologi MARA dalam bidang Pentadbiran Awam. Telah berkeluarga dan mempunyai 3 orang anak.

Memulakan karier sebagai Timbalan Penolong Pengarah Imegresen bahagian Pas Penggajian. Kemudian menyertai sebuah syarikat Jepun dan berpeluang melanjutkan pelajaran di Sanno, Institut of Bussiness Administration Tokyo, Jepun dan memperolehi Sijil Pengurusan Pengeluaran dan pada masa yang sama memiliki Diploma Pengurusan Sumber Manusia daripada Institut Pengurusan Personal Malaysia (MIPM).

Beliau kemudian menyertai sebuah syarikat pelaburan Arab Saudi sebagai Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran selama 2 tahun sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat Pengurusan dan Perunding Acara.

Pada tahun 1994, beliau telah menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu EeMAN Consult Malaysia sebagai Perunding Pengurusan. Hari ini beliau telah memiliki 4 buah syarikat yang terlibat dalam bidang perkilangan, pengurusan, pembinaan, dan pelaburan di Shah Alam.

Berminat dalam politik, memulakan kerjaya politik sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia sebelum dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Seri Tiram Jaya dan seterusnya sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Karang selama satu penggal. Jawatan terkini, beliau adalah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tanjong Karang bagi sesi 1998 hingga 2001.

NAIB KETUA PEMUDA UMNO SERI TIRAM JAYA

EN. NGATINI BIN SALIMIN

Mendapat pendidikan wal di Sekolah Kebangsaan Tiram Burok dan merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Seri Tiram Jaya yang paling lama berkhidmat di dalam pergerakan. Bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya.

Antara tokoh yang paling aktif dan memegang beberapa jawatan penting di peringkat Kampung Serin Tiram Jaya. Antaranya Bendahari JKKK, dan Naib Pengerusi Belia KEMUDI.

 

MENU JKKK WANITA RELA BELIA WI MASJID