KONSERT AMBANG '99
PENGENALAN
Tarikh yang dicadangkan adalah pada 7hb. November 1998 (Sabtu) bertempat di Padang SK Sri Tiram, 45500 Tanjong Karang, Selangor. Konsert ini dinamakan sebagai "Konsert Ambang '99". Ia akan dijayakan oleh beberapa artis popular tanahair. Konsert ini adalah anjuran bersama Pemuda Umno Sri Tiram dan juga Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah (PIBG) berkenaan.
OBJEKTIF
Konsert Ambang '99 ini bertujuan untuk mengutip derma bagi mengisi tabung PIBG sekolah. Hasil jualan tiket pada konsert tersebut akan disumbangkan kepada PIBG sekolah supaya dapat digunakan bagi aktiviti-aktiviti persatuan tersebut. Dengan itu, ia akan membantu meningkatkan prestasi sekolah berkenaan dengan program-program yang akan dijalankan.